Kerana Harta Pusaka

Aku tertarik kali ini untuk bercakap pasal harta.Walaupun tak tahu sangatlah pasal harta pusaka nie.Tapi aku nak cerita jugak. Kerana harta pusakalah yang akan menyebabkan pelbagai masalh berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan.Sejak kebelakangan ini, kehidupan kita sering dikaitkan dengan harta.Manusia mana yang tak di uji? Manusia mana yang tak mahu harta? namun begitu, kita perlu tahu, dan sentiasa beringat, kerana harta juga lah, yang akan menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama saudara mara, sekiranya kita lalai untuk mengejar harta. Aku ingin berkongsi kepada semua pembaca blog aku ini, tentang kerana harta apa sudha kita buat salah sesama adik beradik :


1) Ibubapa / nenek kita akan terabai penjagaannya :
- Sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ibubapa sendiri.Asyik berebut harta, dan  paksa nenek/ibubapa tukar nama (Geran Tanah / Wasiat) kepada diri sendiri.Nak harta, tapi taknak jaga nenek/atau ibubapa.Apa jenis orang macam nie.


2) Bermusuhan semasa saudara mara:
- Mulala nak buat pagar rumah tinggi-tinggi."Bila ditanya, kenapa buat pagar?" Jawapannya, takut lembu masuk, atau babi sondol. Kelakar aku dengar org ckp mcm tu. Yang peliknya buat pagar sebelah je, sebelah rumah jiran bukan adik beradik tak buat pulak pagar. Ini akan menyebabkan putus hubungan adik beradik.


3) Guna ilmu hitam/ sihir: 
Bila syaitan menghantui diri, mula la yang nakkan harta, pergi jumpa bomohla, jumpa mcm2 org la, untuk burukkan saudara mara sendiri. Kalau boleh, suami sendiri pon dibomohnye untuk jadi pak turut.... adoi...


Kalau korang nak baca kisah benar tentang berbalah kerana harta. KLIK DISINI.... dan korang boleh jugak KLIK KAT SINI


   

Comments

Gimi said…
kerana harta saudara mara pun bermusuh..cari harta sendiri tahan lagi, yg nak harta org ni la masalah betul