Masalah rumah bujang




Bercakap pasal sewa rumah dikalangan rakan-rakan bujang....Erm........mengeluh lebihla sesiapa yang menjadi ketua rumah ( bendahari rumah). Aku faham semua yang jadi ketua rumah mesti akan tension kan.Tadi baru sorang kawan aku, mengeluh pasal budak-budak rumah sewa dia. Duit sewa rumah, bil air, bil elektrik , bil astro, peralatan perkongsian mesti akan membuatkan ketua rumah pening memikirkannya.


Macam membe aku tadi, pasal duit rumah, budak-budak rumah dia minta kurangkan bayaran bulanan.Macam mana tu? mesti dia la kena bayar lebih kalau dieorang bayar kurang.Kalau TV rumah rosak, dan nak beli baru. Bila nak beli suruh beli yang mahal-mahal, tapi bila minta duit untuk share, nak bayar sikit.Macam mana tu?


Ada pulak tu, yang bagi alasan bayar duit rumah nak kurang sebab jarang duduk rumah. mak ai, boleh plak mcam tu, kalau dah macam tu, sewa je la bilik kat rumah tumpangan.Bila rasa nak tido, pegi la sewa bilik.Sewa bilik dah RM50, kalau sebulan 3 kali tido, dah RM150 kena bayar, tapi kalau bayar sewa rumah baru RM130 sekali letrik dan air. Masalahnya, orang yang susah bayar nie, alasan mereka, duikt tak ada.Mereka nie memang kelentong kuat, barang kereta beratus-ratus boleh plak beli. Aku percaya, kat luar sana, ketua-ketua rumah bujang mesti mengalami masalah yang sama. Aku harap semua orang boleh bagi pandangan masing-masing bagi membantu ketua-ketua rumah kat luar sana yang tengah kusut melayan perangai rakan serumah yang liat bayar duit sewa rumah, dan tak boleh dibawa berbincang.







Comments

zati embong said…
kalau cmtu,awal2 sebelum nk sewa rumah kena cari mmber2 yg bertanggungjwab sikit O.o
nur anis said…
nasib baik tak pernah merasa sewa rumah bujang ni..
Ameer said…
awal2 memangla diorg kenal Ok..... kesian saya tengok die.... stress.... tapi sebenarnya... saya pun stres gak... hahah..pasal budak rumah..
sebagai seorang ketua rumah, kita kena tegas dengan kawan2 kita tu...jangan ambil mudah je pasal duit rumah, api air semuanya. itulah pentingnya bila kita nak cari rakan serumah..kena tapis baik2.

setakat ni dah hampir 8 tahun duduk berkongsi..semuanya tak ada masalah. yang penting kita kena pandai la nak control dia orang ni.
Ameer said…
Thanks Siti.... diatas pandangan saudari...
cik sakura said…
tak sewa rumah..tapi kawan2 duduk sekali dalam rumah..kira bayar jugak lar ckit..setakat ini masih ok lagi..tapi kalau ada problem memang boleh stress jdnya..
Ameer said…
Manusia nie, memang mcm tu.... nak free je.... susah org dia tak tau...
Akulah Pak Lan said…
Tu dia belum sewa kondo lg..
Sewa lg kaw