Aduh..... Bak kata orang tua-tua ,tak baik mengeluh.... Tapi aku penat sangat... Firstly, sorry bro Dim Benihana sebab tak sempat nak emailkan gambar .Aku kena kerja sampai lewat pagi.Baru je samapiu rumah, kena "Kerja overtime da.....". Penat semalam pun belum hilang.... Semasa balik semalam sempat singgah Masjid Sg. Buloh.. Dekat dengan Stesen KTM Sg. Buloh. Masjid yang sudah lama bertapak di situ. Kehadiran aku bersama dua rakan aku aku disambut baik, malah ahli kariah masjid sempat menjemput kami bertiga, menjamah jamuan sederhana. Kemesraan yang diberi oleh pak cik -pak cik di situ memang baik. Namun, yang amat menyentuh hati aku dan rakan- rakan pabila seorang pak cik yang bersara JKR, lebih kurang 20 tahun, mengeluh dengan anak remaja sekarang yang kurang datang ke masjid.
" Budak-budak remaja sekarang nie, jarang nampak datang ke masjid... banyak melepak di tepi jalan...Nie pun mujur ada jugak nampak muka korang datang... ada la jugak budak muda datang... " begitulah keluhan pak cik yang bersara JKR tu...
Sebenarnya terasa jugak dengan kata-kata pak cik tue, maklumla asyik kerja... kerja.....Tapi alhamdulillah kelapangan malam semalam, sempat jugak aku mendegar kuliah maghrib di situ. Jadual kuliah memang padat aku tengok.... Harap-harap ada la budak-budak remaja yang berdekatan... Yang menyedihkan, ada beberapa tempat bocor, bila hujan.
Pagi nanti, aku nak kena gerak ke tapak perkelahan, di kaki Bukit Kutu........Tempat yang pernah aku pergi mendaki dulu, tapi kali ni, aku nak pergi berkelah sempena cuti wesak.Di kesempatan inilah, ,masa untuk menghirup udara segar, serta mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan....ada yang bawa keluarga.... memang best....

Ni la tempat yang aku akan pergi..... hehe.... sejuk....
Harapan setinggi gunung.......
P/S : Pada geng-geng yang gi berkelah nanti, jagalah kebersihan, sampah jangan buang merata-rata tempat.....
Comments