Bagaimana ingin mempercepatkan jodoh..


                                                         (Sumber: Google)


Aku tertarik pada tajuk entry dari blog ini (Penpatah) berkaitan lambat jodoh. Dalam situasi seseorang, banyak faktor perlu di ambil kira dalam mencari jodoh. Kadangkala, seseorang itu nak sangat berkahwin, tapi tak dapat, dan ada yang tak fikir nak kahwin, tiba-tiba senang je dah kahwin.Ikuti petikan entry sahabat kita ini :

"Mungkin saja lambatnya jodoh itu kerana ada hikmah yang terkandung di dalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk terjemahkannya. Mungkin juga lambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.



Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna. Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempecepat memperoleh pasangan atau jodoh hendaklah sering mengamalkan membaca “Surah Thaha”.


Tapi yang penting doa yang kita ingin pohonkan itu kita sendiri mengetahui maksudnya, oleh sebab itu PakarCinta anjurkan cukuplah berdoa dengan bahasa yang anda fahami selepas mengerjakan solat lima waktu.
Insyaallah..


“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”


Sila klik sini untuk dengar atau nak cari surah Thaha sekali maksudnya.

Comments