Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini


PUTRAJAYA – Pasangan pelakon Iaitu Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan.
Yusry, pengarah filem dan ahli kumpulan KRU mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.
“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.
Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadakan secara eksklusif pada : 
 Tarikh : 26 Februari 2012
Tempat : Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas secara jelas sama ada hak penyiaran majlis perkahwinan mereka itu telah diberikan kepada pihak Astro atau tidak.
Bagaimanapun beliau yang tidak menolak untuk menerima tajaan dari mana-mana pihak menyatakan bahawa mereka hanya mahukan sebuah majlis yang ‘simple but elegant’.
Yusry mengenali hati budi Lisa menerusi : Blackberry Messenger (BBM).
Namun, menurut Lisa yang turut hadir bersama ibunya, Siti Amira Ahmad, menyatakan bahawa Yusri hanya berbicara mengenai kerjaya di sekitar awal perkenalan mereka yang menunjukkan kematangan bakal suaminya itu dan tidak pernah cuba memikatnya ketika itu.
Ditanya media mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada Lisa yang berjaya memikat hatinya, Yusri memberitahu bahawa bakal isterinya itu sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan mereka saling menyintai antara satu sama lain.
 – Mynewshub.my
Foto : gua.com.my

SUMBER BERITA PENUH : http://mynewshub.my

Comments