Hari ni bukan semalam untuk dibandingkan

Dah lama aku tak update blog ni. Akibat kesibukan, masa atau moood untuk menulis kurang bertemu. Manakan tidak, jarang-jarang sekali aku beringinan untuk menerjah akaun blogspot aku ni.Setelah berkahwin, minat untuk menghasilkan cerita atau tulisan blog sudah semakin pudar. Tanggal 17/04/16 baru terasa gatal-gatal jari jemsri untuk mula datangnya mood untik menaip dalam blog. Memang benar kata kawan ku, apa ada dengan nama Amir Mursyidi Musa ini,  hartanya sebuah motorsikal wave KBW yang sudah bertahun-tahun digunakan tanpa sebarang perubahan seperti mat rempit jalanan yang mampu berlumba dengan pecutan yang sangat mengagumkan  pak imam di warung lebai man. Harta itu pun hanya digunakan untuk ke tempat kerja yang tidak jauh,  berbanding utara ke selatan.Apa ada dengan dia, yang perlu dipertikaikan.Dengan keadaan hartanya itu, mampukah bersaing dengan motorsikal yang lain, yang lebih kebabom lajunya, walaupum itu hanyalah harta pinjaman.

Berbekalkan tong belakang motor, diisinya baju hujan supaya senang untuk meredah hujan bila pulang dari overtime.Tempat lepaknya hanya di restoran yang berpaksikan nama line clear, bukannya seperti shoping complex Pavilion yang menjadi kegilaann orang-orang berduit, bersandarkan poket kawan-kawan. Teh halia, roti canai peneman setia, yang mampu menghilangkan sekelumut tekanan dikala datangnya mood gilanya. Berteduhkan dibawah rumah kecil yang disewa, mampu memberi kelebihan untuk bertumpang teduh bersama isteri tercinta.

BERSAMBUNG....

Comments