Ziarah Kasih

Assalamualaikum.Dah lama tak update blog aku ni. Kali ini aku nak berkongsi sedikit bekaitan program yang aku jalankan pada 31 Ogos baru-baru ini. Bukan mudah nak buat program yang macam ni.Banyan rintangannya dan bukan mudah nak dapatkan komitmen dari orang. Namun begitu, aku dan kawan-kawan yang lain tak mudah mengalah. Bila tidak seberapa aja yang dapat bagi sokongan. Kami teruskan juga. Jom aku kongsikan gambar-gambar program. Ini bukan program tempat kerja aku, ini adalah program amal bersama kawan-kawan. Kami namakan group BBA. Apa itu BBA? Maksudnya Bergerak Bersama Amal. Kami bergerak sendiri untuk membuat amal.Tiada diupah atau dibayar oleh mana-mana pihak. Cuma, ada program yang kita minta rakan-rakan lain yang menderma,kita alukan. Sebarang perbelanjaan makan minum, kos perjalanan program tidak diambil dari wang orang ramai.

Comments