Assalamualaikum semua pembaca blog aku yang kurang menarik lagi membosankan.
Terima kasih kerana sudi hinggap sebentar di sini. Nama aku Amir. Tinggal di Sg. Buloh sekarang. Aku anak ke 6 dari 7 adik beradik. Aku dilahirkan di kampung yang jauh nun di utara tanah air Malaysia tercinta. Tujuan aku membina blog ni ada sekadar saja-saja, sekadar hobi, menghilangkan bosan atau stress seharian bekerja. Kadang-kadang sehari kita asyik bekerja, kena push sana-sana sini, balik rumah boleh jugak hilangkan boring dengan berkongsi sebarang info atau bertanyakan pendapat sesama blogger.Sekurang-kurangnya dapat kurangkan stress di kepala nie. Aku berharap apa yang aku kongsikan di blog aku, dapat menghilangkan bosan dalam diri semua yang melayari blog aku.. aku kan terima kritikan atau komen dari semua dengan hati yang terbuka.
Terima kasih semua,
Yang Benar
Amir
Amir
Comments
Mana banner yg nak ditukar tu? Ustaz Love tak jumpa cari ;)